Program Jom Kenali Perkhidmatan Pintar NADI 2025

17 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Februari 2025, Ahad, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengadakan program Jom Kenali Perkhidmatan Pintar NADI yang bermula dari pukul 8:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari. Progran tersebut dijalankan di NADI Rantau Panjang dan bekerjasama dengan NADI Kpg. Jeriah.

Antara pengisian program tersebut adalah pengenalan kepada NADI dan Perkhidmatan Pintar NADI. Antara aktivti yang dilangsungkan adalah taklimat kenali NADI dan Safe Shield, Cabutan Bertuah, Kuiz Soal Jawab, Pendaftaran Ahli Baru, Saringan Kesihatan dan Pameran mini NADI.

DIharapkan komuniti boleh memahami dan menyampaikan kepada komuniti lain terntang manfaat perkhidmatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional dan semoga terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali